What do you think the most important thing in marriage is?

Saturday 3 December 2011


Assalamualaikum w.b.t

Warning.
Entri ini hanyalah pandangan semata berdasarkan subjek yang dilihat.
Sila fikir jawapan untuk soalan di atas baru baca.

Hari ini aku baru sahaja habis tengok satu drama korea. iaitu WEDDING.



          Kalau kamu nak tahu tentang drama ne. Cari lah kat internet info2nya. Aku tak larat nak tulis panjang2. Apa2 pun cerita ne tentang perjumpaan blind date yang akhirnya berakhir ke gerbang perkahwinan. Kehidupan mereka sebelum berkhawin gembira jak 24/7. Walaupun punya perbezaan yang amat ketara. Si perempuan seorang yang kaya dan hyperactive, dan si lelaki sederhana sahaja dan tidak berapa pandai bercakap. 

           Si lelaki tidak menyayangi si perempuan apabila bertindak melamarnya kerana si perempuan amat menyukai dirinya. Si lelaki menyimpan perasaan kepada perempuan lain tetapi tetap mahu berkhawin dengannya. Namun mereka yakin yang mereka boleh mendapatkan hidup yang gembira apabila masing2 akan cuba menerima perbezaan itu dan menyesuaikan diri antara satu sama lain.

           Konflik bermula apabila mereka mula menjalankan kehidupan sebagai sepasang suami isteri. ibu bapa si perempuan yang terlalu ingin memberi hadiah yang mahal2 kepada mereka menyebabkan si lelaki berasa kurang selesa. Peristiwa lampau si lelaki menghantui kehidupan mereka apabila si perempuan mengetahui perempuan sebenar yang disayanginya. Si perempuan mula berfikir mengenai kejujuran si lelaki. Satu demi satu penipuan yang terpendam terbongkar sehingga masing2 hanya menyakiti diri sendiri kalau terus bersama. 

           Kehidupan si perempuan yang sebelum ini ceria bertukar sepi dengan hanya tangisan yang tidak mampu dibendung. Percubaan demi percubaan si lelaki cuba untuk menyelamatkan perkhawinan mereka namun dengan terbongkarnya penipuan zaman lampau si perempuan pula menyebabkan mereka menjadi semakin jauh. Apa kesudahannya?.. Silalah tengok sendiri cerita yang menarik dan membuatkan perhatian aku diragut dalam 2 hari ini..kalau ada part2 yang menyakitkan mata, ringan2kan tangan untuk m'skipnya..=)

Daripada drama inilah aku mendapat satu persoalan yang aku pn xpernah fikir sebelum ne.

What do you think the most important thing in marriage is?

Amboi..baru muda remaja ne. dah nak cakap soal khawin..hehe..

Bukan apa. Saja nak meluahkan rasa bagi memberikan pendapat mengenai perkhawinan. 
Ampun kalau salah. =)

berbalik kepada cerita tadi. Jawapan yang telah diberikan melalui cerita ini seperti..
- Cinta
- Kepercayaan
- Kegembiraan
- Keselesaan
- kesanggupan untuk berkorban



Cinta. Tanpa cinta tentu sebuah perkhawinan itu tidak akan bermakna. Apalah gunanya bersama kalau tiada perasaan antara satu sama lain. Adakah ingin menjadi boneka perkhawinan? Adakah hanya ingin menjadi seorang suami ataupun seorang isteri? Adakah hanya kerana tanggungjawab menjadi "jambatan" untuk buat bisnes antara keluarga? Ataupun kerana duit semata?

Kepercayaan. Tanpa kepercayaan musnahlah sebuah hubungan. bagaimana ingin diteruskan hubungan jikalau ianya dibina berdasarkan tiang penipuan? memang sebenarnya mungkin lebih baik menipu daripada memberitahu kebenaran kepada pihak lainnya agar dia tidak berasa disakiti. Agar dia gembira sentiasa. Namun sampai bila? Sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh ke tanah akhirnya. Lebih baik menderita kerana kebenaran, daripada gembira kerana penipuan. 



Kegembiraan. ianya juga adalah sesuatu yang amat penting dalam perkhawinan. Tanpa kegembiraan tidak akan ada rasa bahagia yang wujud dalam kehidupan. Balik pada waktunya, pergi pada waktunya, makan pada waktunya, tidur pada waktunya. Tiada rasa keinginan untuk balik awal dan bertemu dengan pasangannya kerana suasana yang muram. kegembiraan yang dahulunya menjadi impian pudar apabila telah melalui gerbang perkhawinan.


Keselesaan. Sudah semstinya setiap pasangan yang berkhawin inginkan rasa keselesaan untuk berkongsi apa sahaja dengan pasangannya. Berkhawin dengan seseorang bermaksud mereka boleh berkongsi apa jua rasa, cerita, suka dan duka. Walupun cerita kosong sekalipun. Mereka selesa untuk melakukan apa sahaja bersama. Tidak kiralah pergi ke mana jua sekalipun. 

Point last....Malas suda mo tulis. hehe, kalau aku yang ditanya?

What is the most important thing in marriage is?

Hmm..aku belum khawin, jadi belum tau. Daripada drama ini, mungkin bukan semua tetapi aku dapat lihat senario yang tidak dijangka dalam sebuah perkhawinan. kematangan seseorang menangani konflik adalah amat penting dalam sebuah rumah tangga. Tanpanya ianya akan rapuh dan boleh retak pada bila2 masa.



Tapi buat masa sekarang, aku yakin apa yang pasti paling utama dalam sebuah perkhawinan ialah AGAMA. Pengetahuan agama yang ada pada kedua-dua pasangan pasti akan mampu membina sebuah keluarga yang dipenuhi dengan cinta, kegembiraan, kepercayaan, keselesaan dan kesanggupan untuk berkorban. Mungkin kehidupan selepas berkhawin itu sukar untuk diduga kerana ianya penuh dengan cabaran dan dugaan yang hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ingatlah dengan adanya rahmat Allah dalam pembinaan masjid daripada jalan yang halal akan kekal buat selamanya sampai ke syurga. InsyaAllah.
 
Ini hanyalah pandangan daripada seorang yang sememangnya kurang arif mengenai bab2 gini.

Wassalam.

2 comments:

N.A.M.N said...

nice artikel dik!! hmm.. perkahwinan kadang2 merupakan satu perjudian hidup.. apa2 pun.. agama juga adalah nombor 1 krn ia merupakan paksi atau tunjang dimana terletaknya keyakinan dan kekuatan satu perkahwinan.. ^^ Barakallahufik dik.. ^^

Afyfa Hurairah said...

tQ kak!..yup..Agama yg plg utama..^___^