Showing posts with label Lakaran Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Lakaran Nasihat. Show all posts

Aku Terkena Wabak Penyakit Bahaya

Sunday, 22 January 2012

Assalamualaikum w.bt.

Terbengkalai. Setelah berkurun lamanya. Banyak yang ingin ditintakan namun cetusan rasa hanya sekadar berlegar di dalam ruangan minda yang satu. Tiada masa? Bukan satu alasan yang kukuh. Kita dikurniakan 24jam sehari. 7 hari seminggu. Itu pn tak tahu nak bahagi masa?. Sebab..Aku tahu kenapa?..Aku telah terjangkit..Ataupun aku dijangkiti penyakit..Penyakit yang paling marabahaya org kata.. iaitu.. MALAS.


Orang Malas Selalu Rugi.

Itulah yang sering orang katakan. Iyalah, mak aku pun selalu cakap benda yang sama. 
"Pergi kemas bilik ko tu, macam tongkang pecah jak mama tgk"
"Asal balik jk, sna lah ko duduk2 smpai ptg. Cubalh p luar exersice sket"
"Nanti ko tolong sapu2 rumha sikit r"

Jawapan yang pasti..

"Bah..karang ku buat."

Nanti?..haha..rasa-rasanya berjam kemudian ataupun berhari kemudian barulah nak buat benda begitu. Bukan aku malas sebenarnya, cuma tak ada masa nak buat. sibuk sana. sibuk sini. Apa yang keluar?. ALASAN! Kalau memang malas, pelbagai alasan dicari untuk menafikan keadaan yang sebenar. Otak ligat digunakan untuk mencari alasan yang munasabah, bukannya ligat mencari jalan untuk menyiapkan kerja yang telah diarahkan..

Begitulah aku..begitulah kita..begitulah manusia..

Lebih suka mencari alasan daripada mencari jalan penyelesaian. Apabila diberi kerja ataupun tugasan di awal waktu, sah2 kerja tersebut masih mempunyai masa yang lama daripada 'deadline' nya.. Namun, apabila menghampiri deadline tersebut, masih juga belum siap. Alasan? Sibuk, bz, xda masa..seringkali menghiasi tutur2 kata indah pada ketika itu.. Janji2 manis pula kemudiannya keluar di saat ingin menangguhkan masa deadline tersebut..

"Iya, minggu depan akan siap pnyalah.."
"Kami janji, minggu dpn hari isnin mesti ada kat meja cikgu suda".

Kuliah maghrib di surau? Iya, InsyaAllah aku pegi kalau xda aral melintang..

Apa yang melintang? Apa yang terlentang? Ataupun di sepanjang perjalanan pokok tumbang? Jauh beribu batu betul kah surau tersebut.. adakah perlu menyelam lautan api dan meredah hutan belukar ataupun melangkah gunung berapi untuk sampai ke surau tersebut. Adakah perlu berada di sana berjam-jam lamanya sambil bertafakur mendengar tazkirah. 

Pejuang agama? ingin bermujahadah dan istiqamah di jalanNya? Al-Quran dan hadis dijadikan benteng untuk berbicara. Menghakis segala tohmahan buruk para pendusta. Pelbagai tazkirah dan kata-kata hikmah dilihat di laman muka bukunya. Tapi aplikasinya? atau praktikalnya? padalah sudah mengetahui yang Allah tidak menyukai hambaNya yang cakap tidak serupa bikin..

Katanya....

Iya, mereka kuat. Mereka banyak pengikut. Mereka banyak aktiviti yang melibatkan semua mazhabnya. Mereka sangat beriman kepada kepercayaan mereka. Mereka sangat aktif tidak kira masa dan tempat. Mereka sanggup berkorban waktu cuti dan masa. Mereka itu. Mereka ini. 

Tapi..Kenapa kita ini..Kenapa kita itu..Kenapa kita lemah tersadung kaki di bumi sendiri..Kenapa kita tidak menyokong aktiviti sendiri..Kenapa kita memandang remeh akan usaha dakwah dan tarbiyah di bumi sendiri? Kenapa kita masih mengeluh dan menunjukkan muka masam dan monyok apabila ada program2 agama yang meWAJIBkan kita untuk datang? apa yang kita ingin tunjukkan pada mereka? Kita lemah? Kita tidak mampu bersatu?

Bukan itu sahaja..Malahan AJK surau yang bersusah payah untuk menghandle program tersebut juga dicemuh. Di kata itu dan ini. Tidak bertimbang rasa, tidak bertoleransi dengan keadaan mereka. Kerana mereka bz, mereka banyak tugasan yang ingin disiapkan. Mereka penat belajar sehari2an dan perlukan tidur yang mencukupi. Jadi, mereka tiada tugasan? Mereka bukan pelajar?. Mereka tidak memerlukan tidur? Ah, mereka pelajar jurusan agama. Aku ini apa. Sekadar belajar masa sekolah menengah. Itu bukan hal aku, itu bukan jurusan aku. Bukan hal aku. Aku bukan di bidang itu lagi. Jadi, belajar agama untuk apa? lulus dalam peperiksaan? habis sekolah pencarian ilmu agama juga terhenti. Noktah.

Bukan. Aku tidak berhenti mencari ilmu agama. Aku mencari. Cuma cara aku bukan seperti mereka yang rajin ke surau dan ikt aktiviti. Solat tidak kutinggalkan, puasa juga ku laksanakan. Aurat ku tutup dan ku jaga. Maksiat tidak ku lakukan, batasan juga ku jaga. Cuma aku punya komitmen lain, tugasan perlu disiapkan. Banyak yang perlu dibincangkan. Esok dah nak bentang. Nanti pergi sana tak siap pula kerja, aku juga yang dimarah. Arghhh, stres!! 


Hati tidak tenang?..Cuba cek balik apa yang silap.
Pelbagai alasan demi alasan muncul. Dakwah itu bukan sekadar pandai berkata-kata dengan hujah yang bernas. Dakwah itu bukan setakat menampilkan pakaian islamik yang berlandaskan syarak. Dakwah itu juga bukan sekadar tulisan2 di muka buku ataupun blog. Tapi dakwah juga dapat ditampilkan melalui perbuatan dan perlakuan seharian kita. Iya, kita juga boleh kuat seperti mereka. Seandainya kita RAJIN. Rajin dalam pencarian ilmu agama. Rajin dalam menunjukkan sifat peribadi muslim yang sebenar. Rajin dalam bertindak awal dan bukan bertangguh. Rajin dalam menyokong program2 yang diadakan untuk membantu agama kita. Rajin dalam segala-galanya. 

IYA, bukan senang.

Tapi, semuanya bermula daripada diri sendiri. Kalau azamnya kuat, maka kuatlah sikapnya. kalau lemah azamnya, lemahlah semuanya. Membuat perubahan memang sukar, namun istiqamah mengerjakannya lagi sukar. Jadi, macammanalah? tunggu dapat hidayah lah..belum sampai seru nak jadi alim..ehm, bha...Tepuk dada, tanyalah iman.

Er...Lalalala..Malas lah nak fikir..sebab aku pun slalu ckp tak serupa bikin..inikan lagi nak cakap pasal org..kan?


DIAM

Thursday, 15 December 2011



kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm memberi komen..
kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm menegur..
kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm memberi nasihat..
kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm memprotes..
kadang2 kita hanya perlu DIAM dlm persetujuan..

tapi..
biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..
DIAM kita mgkn disalah tafsir
DIAM kita mgkn mengundang syak wasangka
DIAM kita mgkn disilap terjemah..
DIAM kita mgkn x mbawa apa-apa maksud..

maka..
jika kita mrasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..

namun..
seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yg bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM….....

by:Unknown

Alkisah 3 Sahabat

Friday, 9 December 2011

Assalamualaikum wbt.


Tersebut lah kisah 3 orang sahabat..yang berlainan kos di sebuah universiti.

A- Kos agama (seperti syariah, Al-Quran Sunnah, Usuluddin), 

B- kos jurutera
C-kos sains kemanusiaan.

Suatu hari, Si B mengajak sahabat2 baiknya itu pergi makan. Semasa nak makan..

A : Jom baca doa dlu.
B : Ko la baca doa A, ko kan kos agama.
C: Aah! Setuju...(lalu A pun bacalah doa.)

Begitulah yang berlaku seterusnya. Setiap perkara yang dibuat semestinya Si A yag kena ketuai, atas dasar A 'KOS AGAMA'.

Sampai satu ketika, di sebuah restoran, semasa buka puasa..

A: Ok sekarang B ko pulak yang baca.
B: Tak nak la..ko la..ko kan kos agama..lebih afdhal. Tak pun ko la (B tunjuk C)
C: Eh! Asal aku pula?? Ko la A. Ko kn kos agama. Takkan tak bolah kott^^

Lalu jawab si A : (Sambil tersenyum ^_^) tak pa la.. biar la aku yang baca, dekat akhirat nanti aku ja yang akan dihisab kan?? ok jerr..^^
B & C : Errr...

DI HARI LAINNYA...*****

A : Jom dgr tazkirah!!!
B: Erm.. Takpa la. Ko je la pergi. Ko kan kos agama. Ak ni kalau tak gi pun tak pa, budak biasa je.
C : Betol gak tu. Lagipun aku nk buat assigment aku ni..hehehe. Lebih afdhal kalau ko je gi. Lagipun ada kaitan ngan kos ko kan?? Hehehe

Jawab si A: Erm..boleh aku cakap sikit? (sambil senyum^_^).

Kenapa korang selalu kaitkan aku dengan kos yang aku ambil? Adakah di hari akhirat nanti ALLAH menilai kita melalui kos yang kita ambil? Cara korang bercakap seolah-olah orang yang ambik kos agama sahaja yang akan dihisab.

Maksudnya orang kos agama macam aku ni sajalah yang akan masuk syurga. Btol tak?

Ye la..sume perkara baik aku kena buat disebabkan aku kos AGAMA. Bukan ka korang juga perlu berusaha untuk kumpul pahala?

(sambil tersenyum dia sambung kembali) Aku ambik kos ni pun bukan sebab aku pakar dalam agama. Cuma aku tak berapa pandai dalam ilmu-ilmu agama ni, sebab tu aku apply kos ni.

Aku bukan nak salahkan korang walaupun korang bukan KOS AGAMA. Sebab mana-mana kos pun yang kita ambil, kesungguhan kita terhadap Islam yang aakan dinilai oleh ALLAH.

Tidak semestinya kos selain dari kos agama tidak diredhai ALLAH. Asalkan kita buat kerana ALLAH, pasti ALLAH jua akan redha dengan kita.

Ingatlah sahabat, kita adalah MUSLIM. Dan ini tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH. Ada jugak orang yang ambik kos agama tapi masih kurang ilmunya, ada jugak org ambik kos lain selain agama tapi banyk ilmunya. Tapi bukanlah itu yang dinilai oleh ALLAH tetapi sejauh mane kesungguhan kita dalam menggapai redha dan cinta ALLAH..^^ (simple tapi sangat terkena)

B menitiskan airmata. C pula tunduk malu..
Dan A ingin berlalu pergi ke tempat tazkirah...

B & C : Nanti!! Tunggu kami! Mulai hari ni kami akan cuba dan berusaha menjadi Muslim yang baik. Terima kasih atas peringatan. :-)






 

 ~ALHAMDULILLAH~TERIMA KASIH YA ALLAH..^^

* Kisah benar. Inilah realiti kehidupan kita kan. Mentaliti kebanyakkan orang. Semoga dapat diambil ikhtibar untuk muhasabah dan mujahadah kita bersama. InsyaAllah..

ps: copied article..

Hasad Dengki

Friday, 2 December 2011

Assalamualaikum w.b.t


D.E.N.G.K.I

6 huruf yang penuh bermakna. Makna apa? cuba baca jap dialog ni yg diciplak daripada FB.

Nazmi: Ayah, saya dapat membantu Malaysia mendapat pingat emas di Sukan Sea.
Ayah: Setakat itu, anak jiran sebelah dapat 17A SPM lagi. Ko dpt apa?
Anak jiran sebelah: Ayah, saya dapat 17A SPM.!
Ayah jiran sebelah: Hm..itu ja ka yg ko boleh dpt? Anak jiran sebelah dpt RM30,000 sebab main bola. muda-muda lagi da dapat duit banyak tu. Ko ble dpt ke?
(Sekadar rekaan semata)

Satu perkataan. LUCU.
Senario di atas juga seringkali dikaitkan dengan makcik2 di kawasan perumahan. Jiran ada kereta baru, dia nak kereta baru. jiran ada sofa baru, dia pun nak sofa baru. Rumah jiran cat baru, dia nak cat baru. Aish..lama2 jadi gini..


Mak Senah: Bang, jiran sebelah dah bankrupt rupanya..
Pak Aji: ai..Senah, marilah kita bankrupt jg lau gtu..
Mak Senah: Abg ne..npa pula?
Pak Aji: Yelah, kan selama ne Senah nak lawan sangat jiran kita tu..

Manusia. Tidak lari daripada perasaan iri hati. Daripada perasaan iri hati, timbulnya hasad dengki yang lama-kelamaan menjadi fitnah. Disebabkan tidak boleh mencapai kepuasan dengan simpan hasad dengki yang terpendam, mulalah memfitnah. Konon2 kalau "aku benci dia, semua mesti benci dia"


Limah: Wah, Aisyah dapat nombor 1 lagi dalam exam. terer lah dia.
Siti: Ala, manada terer tu,. Aku nampak dia bawa "toyol" masuk dwn exam.
Limah: Betul bha??
Siti: Iya, aku nampak malam sebelum tu dia tulis byk nota dlm kertas kecik.
Limah: Ish, lau berjaya tapi meniru xda guna jg.
Siti: (hehehe..berjaya..)

Dia mencapai kepuasan dengan membawa kawan2nya sekali membenci dan memandang serong atas kejayaan seseorang. Ini bermula daripada perasaan dengki itu sendiri. Dengki kerana ada orang lain yang lebih pandai darinya, dengki kerana ada orang lain yang lebih cantik darinya, dengki kerana ada orang lain yang lebih hebat darinya, dengki kerana ada orang yang lebih berjaya darinya.


  Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
  • Orang yang makan haram
  • Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)
  • Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin
Dengki itu tidak salah. Cuma.. Dengki lah ke arah kebaikan bukan keburukan. macammana nak dengki ke arah kebaikan? jika perbuatan dengki itu sendiri tidak digalakkan?.

Ada caranya. Dengki lah kepada kejayaan seseorang dengan mengatakan aku juga boleh berjaya. Dengkilah pada kehebatan seseorang dengan melakukan sehabis baik untuk menjadi hebat sepertinya. Dengkilah pada seseorang yang berilmu pengetahuan dengan berusaha untuk mendapatkan ilmu dengan lebih gigih.Dengki seperti ini dibenarkan dengan tidak membawa sebarang kemudaratan kepada si pendengki dan yang didengki.

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasad telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:
  • Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain
  • Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"
  • Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
  • Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya
  • Dia membantu kepada iblis laknatullah
InsyaAllah, kehidupan akan lebih tenang dan aman kalau mengikuti cara menyampaikan hasad dengki dengan sebenarnya. Mungkin sukar buat seseorang untuk berubah jika itu sememangnya cara kehidupannya dengan mendengki. Tapi, keazaman untuk berubah itu datang daripada hati kita sendiri. Azimat terakhir, kita tidak memuaskan hati semua orang dengan perbuatan kita kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.

wassalam.