Aku Terkena Wabak Penyakit Bahaya

Sunday 22 January 2012

Assalamualaikum w.bt.

Terbengkalai. Setelah berkurun lamanya. Banyak yang ingin ditintakan namun cetusan rasa hanya sekadar berlegar di dalam ruangan minda yang satu. Tiada masa? Bukan satu alasan yang kukuh. Kita dikurniakan 24jam sehari. 7 hari seminggu. Itu pn tak tahu nak bahagi masa?. Sebab..Aku tahu kenapa?..Aku telah terjangkit..Ataupun aku dijangkiti penyakit..Penyakit yang paling marabahaya org kata.. iaitu.. MALAS.


Orang Malas Selalu Rugi.

Itulah yang sering orang katakan. Iyalah, mak aku pun selalu cakap benda yang sama. 
"Pergi kemas bilik ko tu, macam tongkang pecah jak mama tgk"
"Asal balik jk, sna lah ko duduk2 smpai ptg. Cubalh p luar exersice sket"
"Nanti ko tolong sapu2 rumha sikit r"

Jawapan yang pasti..

"Bah..karang ku buat."

Nanti?..haha..rasa-rasanya berjam kemudian ataupun berhari kemudian barulah nak buat benda begitu. Bukan aku malas sebenarnya, cuma tak ada masa nak buat. sibuk sana. sibuk sini. Apa yang keluar?. ALASAN! Kalau memang malas, pelbagai alasan dicari untuk menafikan keadaan yang sebenar. Otak ligat digunakan untuk mencari alasan yang munasabah, bukannya ligat mencari jalan untuk menyiapkan kerja yang telah diarahkan..

Begitulah aku..begitulah kita..begitulah manusia..

Lebih suka mencari alasan daripada mencari jalan penyelesaian. Apabila diberi kerja ataupun tugasan di awal waktu, sah2 kerja tersebut masih mempunyai masa yang lama daripada 'deadline' nya.. Namun, apabila menghampiri deadline tersebut, masih juga belum siap. Alasan? Sibuk, bz, xda masa..seringkali menghiasi tutur2 kata indah pada ketika itu.. Janji2 manis pula kemudiannya keluar di saat ingin menangguhkan masa deadline tersebut..

"Iya, minggu depan akan siap pnyalah.."
"Kami janji, minggu dpn hari isnin mesti ada kat meja cikgu suda".

Kuliah maghrib di surau? Iya, InsyaAllah aku pegi kalau xda aral melintang..

Apa yang melintang? Apa yang terlentang? Ataupun di sepanjang perjalanan pokok tumbang? Jauh beribu batu betul kah surau tersebut.. adakah perlu menyelam lautan api dan meredah hutan belukar ataupun melangkah gunung berapi untuk sampai ke surau tersebut. Adakah perlu berada di sana berjam-jam lamanya sambil bertafakur mendengar tazkirah. 

Pejuang agama? ingin bermujahadah dan istiqamah di jalanNya? Al-Quran dan hadis dijadikan benteng untuk berbicara. Menghakis segala tohmahan buruk para pendusta. Pelbagai tazkirah dan kata-kata hikmah dilihat di laman muka bukunya. Tapi aplikasinya? atau praktikalnya? padalah sudah mengetahui yang Allah tidak menyukai hambaNya yang cakap tidak serupa bikin..

Katanya....

Iya, mereka kuat. Mereka banyak pengikut. Mereka banyak aktiviti yang melibatkan semua mazhabnya. Mereka sangat beriman kepada kepercayaan mereka. Mereka sangat aktif tidak kira masa dan tempat. Mereka sanggup berkorban waktu cuti dan masa. Mereka itu. Mereka ini. 

Tapi..Kenapa kita ini..Kenapa kita itu..Kenapa kita lemah tersadung kaki di bumi sendiri..Kenapa kita tidak menyokong aktiviti sendiri..Kenapa kita memandang remeh akan usaha dakwah dan tarbiyah di bumi sendiri? Kenapa kita masih mengeluh dan menunjukkan muka masam dan monyok apabila ada program2 agama yang meWAJIBkan kita untuk datang? apa yang kita ingin tunjukkan pada mereka? Kita lemah? Kita tidak mampu bersatu?

Bukan itu sahaja..Malahan AJK surau yang bersusah payah untuk menghandle program tersebut juga dicemuh. Di kata itu dan ini. Tidak bertimbang rasa, tidak bertoleransi dengan keadaan mereka. Kerana mereka bz, mereka banyak tugasan yang ingin disiapkan. Mereka penat belajar sehari2an dan perlukan tidur yang mencukupi. Jadi, mereka tiada tugasan? Mereka bukan pelajar?. Mereka tidak memerlukan tidur? Ah, mereka pelajar jurusan agama. Aku ini apa. Sekadar belajar masa sekolah menengah. Itu bukan hal aku, itu bukan jurusan aku. Bukan hal aku. Aku bukan di bidang itu lagi. Jadi, belajar agama untuk apa? lulus dalam peperiksaan? habis sekolah pencarian ilmu agama juga terhenti. Noktah.

Bukan. Aku tidak berhenti mencari ilmu agama. Aku mencari. Cuma cara aku bukan seperti mereka yang rajin ke surau dan ikt aktiviti. Solat tidak kutinggalkan, puasa juga ku laksanakan. Aurat ku tutup dan ku jaga. Maksiat tidak ku lakukan, batasan juga ku jaga. Cuma aku punya komitmen lain, tugasan perlu disiapkan. Banyak yang perlu dibincangkan. Esok dah nak bentang. Nanti pergi sana tak siap pula kerja, aku juga yang dimarah. Arghhh, stres!! 


Hati tidak tenang?..Cuba cek balik apa yang silap.
Pelbagai alasan demi alasan muncul. Dakwah itu bukan sekadar pandai berkata-kata dengan hujah yang bernas. Dakwah itu bukan setakat menampilkan pakaian islamik yang berlandaskan syarak. Dakwah itu juga bukan sekadar tulisan2 di muka buku ataupun blog. Tapi dakwah juga dapat ditampilkan melalui perbuatan dan perlakuan seharian kita. Iya, kita juga boleh kuat seperti mereka. Seandainya kita RAJIN. Rajin dalam pencarian ilmu agama. Rajin dalam menunjukkan sifat peribadi muslim yang sebenar. Rajin dalam bertindak awal dan bukan bertangguh. Rajin dalam menyokong program2 yang diadakan untuk membantu agama kita. Rajin dalam segala-galanya. 

IYA, bukan senang.

Tapi, semuanya bermula daripada diri sendiri. Kalau azamnya kuat, maka kuatlah sikapnya. kalau lemah azamnya, lemahlah semuanya. Membuat perubahan memang sukar, namun istiqamah mengerjakannya lagi sukar. Jadi, macammanalah? tunggu dapat hidayah lah..belum sampai seru nak jadi alim..ehm, bha...Tepuk dada, tanyalah iman.

Er...Lalalala..Malas lah nak fikir..sebab aku pun slalu ckp tak serupa bikin..inikan lagi nak cakap pasal org..kan?