Hasad Dengki

Friday, 2 December 2011

Assalamualaikum w.b.t


D.E.N.G.K.I

6 huruf yang penuh bermakna. Makna apa? cuba baca jap dialog ni yg diciplak daripada FB.

Nazmi: Ayah, saya dapat membantu Malaysia mendapat pingat emas di Sukan Sea.
Ayah: Setakat itu, anak jiran sebelah dapat 17A SPM lagi. Ko dpt apa?
Anak jiran sebelah: Ayah, saya dapat 17A SPM.!
Ayah jiran sebelah: Hm..itu ja ka yg ko boleh dpt? Anak jiran sebelah dpt RM30,000 sebab main bola. muda-muda lagi da dapat duit banyak tu. Ko ble dpt ke?
(Sekadar rekaan semata)

Satu perkataan. LUCU.
Senario di atas juga seringkali dikaitkan dengan makcik2 di kawasan perumahan. Jiran ada kereta baru, dia nak kereta baru. jiran ada sofa baru, dia pun nak sofa baru. Rumah jiran cat baru, dia nak cat baru. Aish..lama2 jadi gini..


Mak Senah: Bang, jiran sebelah dah bankrupt rupanya..
Pak Aji: ai..Senah, marilah kita bankrupt jg lau gtu..
Mak Senah: Abg ne..npa pula?
Pak Aji: Yelah, kan selama ne Senah nak lawan sangat jiran kita tu..

Manusia. Tidak lari daripada perasaan iri hati. Daripada perasaan iri hati, timbulnya hasad dengki yang lama-kelamaan menjadi fitnah. Disebabkan tidak boleh mencapai kepuasan dengan simpan hasad dengki yang terpendam, mulalah memfitnah. Konon2 kalau "aku benci dia, semua mesti benci dia"


Limah: Wah, Aisyah dapat nombor 1 lagi dalam exam. terer lah dia.
Siti: Ala, manada terer tu,. Aku nampak dia bawa "toyol" masuk dwn exam.
Limah: Betul bha??
Siti: Iya, aku nampak malam sebelum tu dia tulis byk nota dlm kertas kecik.
Limah: Ish, lau berjaya tapi meniru xda guna jg.
Siti: (hehehe..berjaya..)

Dia mencapai kepuasan dengan membawa kawan2nya sekali membenci dan memandang serong atas kejayaan seseorang. Ini bermula daripada perasaan dengki itu sendiri. Dengki kerana ada orang lain yang lebih pandai darinya, dengki kerana ada orang lain yang lebih cantik darinya, dengki kerana ada orang lain yang lebih hebat darinya, dengki kerana ada orang yang lebih berjaya darinya.


  Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
  • Orang yang makan haram
  • Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)
  • Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin
Dengki itu tidak salah. Cuma.. Dengki lah ke arah kebaikan bukan keburukan. macammana nak dengki ke arah kebaikan? jika perbuatan dengki itu sendiri tidak digalakkan?.

Ada caranya. Dengki lah kepada kejayaan seseorang dengan mengatakan aku juga boleh berjaya. Dengkilah pada kehebatan seseorang dengan melakukan sehabis baik untuk menjadi hebat sepertinya. Dengkilah pada seseorang yang berilmu pengetahuan dengan berusaha untuk mendapatkan ilmu dengan lebih gigih.Dengki seperti ini dibenarkan dengan tidak membawa sebarang kemudaratan kepada si pendengki dan yang didengki.

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasad telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:
  • Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain
  • Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"
  • Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
  • Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya
  • Dia membantu kepada iblis laknatullah
InsyaAllah, kehidupan akan lebih tenang dan aman kalau mengikuti cara menyampaikan hasad dengki dengan sebenarnya. Mungkin sukar buat seseorang untuk berubah jika itu sememangnya cara kehidupannya dengan mendengki. Tapi, keazaman untuk berubah itu datang daripada hati kita sendiri. Azimat terakhir, kita tidak memuaskan hati semua orang dengan perbuatan kita kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.

wassalam.

0 comments: