Kerjaya guru di masa hadapan tidak terjamin?

Saturday 17 December 2011

Assalamualaikum w.b.t

Apakah benar persoalan itu? Ataupun hanya omongan kosong semata daripada khabar angin yang dibawa ke segenap pelusuk dunia tanpa sempadan? Nak percaya atau tidak, terpulang pada individu.

Telah datang sebuah cerita daripada sumber lisan yang tidak tahu mungkin benar mungkin tidak, mungkin iya mungkin bukan. Jika benar, habislah kami dan kita. Jika tidak, apakah akan selamat selamanya?

Ceritanya berbunyi..


Pada zaman dahulu~~..Ada seekor raja kucing yang tinggal di sebuah istana yang tersergam indah di hujung kampung di 90' utara. Bla...bla...bla....(dipendekkan cerita)

Raja kucing tersebut pun bertitah...

"Wahai bakal2 guru sekalian, bermula jam, minit dan saat ini. Dititahkan bahawa bermula tahun hadapan, posting kalian akan ditetapkan mengikut pointer. Barangsiapa yang tidak mencapai pointer yang diinginkan, maka berjaga2lah kalian. Samaada kalian dipostingkan cepat atau lambat, akan bergantung kepada keupayaan kalian di IPG. Ha. Ha. Ha. Hemo3."

Para hadirin yang bakal menjadi pendidik terkejut. Opocot..Apakah? 

Pendapat diri yang tidak seberapa ini. 
Tidak mungkin kami tidak akan dipostingkan kerana telah menerima sejumlah wang elaun yang amat tersangat banyak sepanjang tempoh 5 tahun setengah pengajian. 
Tidak mungkin wang sebanyak itu disia-siakan sahaja dengan tidak memostingkan kami ke mana2 sekolah.   
Tidak mungkin kami akan dibiarkan berbulan madu di rumah setelah tamat pengajian hanya kerana pointer yang rendah.

Diri ini mendengar khabar bahawa hal ini kerana Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan banyak terhasil kelak. Dan hal ini menyebabkan lambakan guru di pasaran. Sebanyak 9,000 GSTT sedang melanjutkan pengajian di IPG atau dengar khabarnya lagi bukan 9,000 tapi 14,000 yang sedang dilatih. Diri ini tidak berapa mengetahui mengenainya. Cukuplah sekadar itu sahaja. Kerana apa yang didengar itu, yang ditulis pun begitu. Tidak perlu menambah kerana takut tersalah. Jika tersalah mohon dibetulkan.

Pelajar IPG mungkin masih boleh menarik nafas lega dan merasa selamat kerana punya wang sara hidup yang begitu lumayan sepanjang pengajian, dan tiba masanya membalas jasa dengan mencurahkan segala tenaga yang ada sebagai seorang pendidik. Namun, yang dikhuatiri adalah masa depan siswa-siswi yang belajar di universiti yang menawarkan bidang pendidikan.

Peluang posting akan menjadi semakin sukar dengan adanya banyak persaingan. Iya, masih banyak sekolah yang kekurangan guru. Di ulu2? Apakah benar sanggup? Jika sudah berkhawin dan berkeluarga? Kata-kata manis yang diutarakan semasa interview benar boleh dilaksanakan dengan sepenuh hati dan perasaan? 

Segala kemungkinan itu mungkin terjadi, mungkin tidak. Ianya urusan masa hadapan. Jadi apa yang kini? Senang sahaja. Mantapkan usaha. Berusaha dengan sehabis baik supaya mendapat apa yang diinginkan. Setelah berusaha yang terbaik, biar Allah yang menetapkan semuanya. kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita. 

Tut..tut...tut..

Alkisah bermula kembali..

Raja kucing itu menambah..

"Ala..Terlupa. Bermula tahun hadapan juga. Kemungkinan elaun sara diri sepenuhnya yang dibayar kepada kalian akan digantikan dengan pinjaman. Kalian selamat tapi junior kalian harus berwaspada dalam membelanjakan duit. Ha. Ha. Ha. Simpanlah duit awal-awal. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit."

Pelajar P: Selamat..Fuh..
Pelajar PP-to-be: Habislah..

Errr..Apa yang kita tahu, kos sara hidup makin bertambah. Walaupun gred cepat meningkat. Namun persaingan juga meningkat. Wang RM100 bawa ke supermarket tidak banyak boleh dibeli. Apatah lagi RM10. Memang kita hidup bukan untuk mencari duit, tetapi nak terus hidup kena ada duit. Kecuali hidup di pulau terbiar macam Robinson Crusoe. 

Apa-apapun..

Raja kucing berkata lagi..

"Jangan risau duhai para pendidik. Selagi masih ada pelajar, selagi itu ada gurunya."

wassalam.

1 comments:

Zulkifly Omar said...

suka kuching... kuching d umah ku mati pah.. 2eko.. nasib sempat meninggalkan generasi baru..huhu